Cari @ Amanz

Setiap individu yang memiliki telefon pintar pada saat ini pastinya tidak lari daripada menjadi hamba media sosial. Kita sering menghabiskan waktu bersama telefon, sehingga lalai daripada melakukan aktiviti ibadah atau perkara-perkara yang lebih berfaedah. Oleh disebabkan itu, salah seorang individu ingin hadir dengan sebuah telefon pintar untuk merawat ketagihan media sosial ini.

Telefon pintar ini dikenali sebagai BoringPhone yang mana dibangunkan oleh Alexander Michael Davidson melalui halaman Kickstater. Ia sebenarnya adalah sebuah Xiaomi Mi A1 namun dijana dengan sistem operasi yang diolah tanpa sebarang fungsi untuk mengakses media sosial.

Untuk menjayakannya, telefon ini akan memfokuskan kepada sejumlah perkara asas, seperti kebolehan telefon, permesejan, kamera, GPS, WiFi hotspot, muzik, dan podcast. Ia dilihat menjalankan Android, namun tidak dilengkapi dengan Play Store, pelayar web, kebolehan e-mel, dan perletakkan aplikasi media sosial di dalamnya.

Disebabkan ia adalah sebuah peranti Xiaomi Mi A1, ia didatangkan dengan skrin 5.5″ IPS LCD FHD+, cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM, dan storan 32GB. Ia juga dilengkapi dengan kebolehan dwi-kamera 12MP, kamera utama 5MP, dan bateri berkapasiti 3080 mAh.

Telefon ini telah ditawarkan melalui halaman Kickstarter melalui harga jualan bermula NZD $349 (~RM967). Ia dilihat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak, ibu bapa, atau insan yang ingin mencari kebahagian tanpa toksik di media sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd