Carian
Syarikat Sebalik TikTok Pernah Mempertimbangkan Untuk Membeli Snap, Twitter Dan Quora
July 1, 2019 Aman

Bytedance merupakan salah satu syarikat internet dari China yang semakin popular dari hari ke hari. Salah satu aplikasi daripada Bytedance yang popular adalah TikTok yang mana mencipta fenomena pada peringkat global, dan kini bersaing dengan pelbagai laman sosial popular yang lain.

Menariknya, kini mengikut laporan WSJ, ia dikatakan Bytedance pernah mempertimbangkan untuk membeli Snap (syarikat disebalik Snapchat), selain turut mempertimbangkan untuk membeli Twitter dan juga Quora.

Buat masa ini, Bytedance memfokuskan kepada penawaran aplikasi yang memudahkan pengguna mengakses kandungan dengan mudah pada bila-bila masa. Penambahan ketiga-tiga jenama ini mungkin selari dengan visi mereka, sekaligus pada masa yang sama menambah angka pengguna aktif dibawah Bytedance.

Walaubagaimanapun, hal berkenaan tiadk terjadi buat masa ini. Sekiranya sebaliknya, maka ia mungkin membuatkan pihak Bytedance dikenali ramai, malah mempunyai sejumlah portfolio perkhidmatan laman sosial dibawah mereka.

Komen