Samsung Melancarkan Bixby Marketplace Di Amerika Syarikat Dan Korea Selatan

Samsung Melancarkan Bixby Marketplace Di Amerika Syarikat Dan Korea Selatan

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Bixby masih cuba memberikan saingan kepada pembantu maya lain seperti Assistant, Alexa dan Siri. Sejak diperkenalkan dua tahun lalu, secara perlahan-lahan pelbagai fungsi baharu diperkenalkan kepada pembantu maya yang digunakan oleh Samsung untuk mengawal peranti berhubung mereka. Semalam Bixby Marketplace telah dilancarkan pula di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Di Bixby Marketplace, pengguna boleh memuat turun pelbagai perkhidmatan dari pembangun pihak ketiga yang diberi nama capsules. Capsules disusun menurut kategori dan membolehkan modul berkaitan aplikasi pihak ketiga digunakan di dalam Bixby. Capsule untuk perkhidmatan penghantaran makanan misalnya boleh dimuat turun dan Bixby akan menggunakan perkhidmatan tersebut apabila diberikan arahan. Buat masa ini Bixby Marketplace hanya ditawarkan di dua pasaran yang sebutkan tadi serta pada peranti Galaxy S10, Galaxy S9 dan Note 9 terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN