Samsung Galaxy Fold diumumkan secara mengejut pada Februari tahun ini serentak dengan Galaxy S10. Ketika diumumkan ia menjadi peranti dengan skrin boleh lipat kedua diperlihatkan kepada umum selepas Royole Flexpai. Ia adalah kemuncak rekaan peranti yang memulakan hidup sebagai Project Valley tiga tahun yang lalu. Di dalam temubual bersama Independant. CEO Samsung DJ Koh kini mengaku Galaxy Fold telah dilancarkan sebelum ia sempat dipasarkan.
Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah bagi memintas pengumuman Huawei Mate X yang dilakukan ketika acara MWC. DJ Koh turut mendedahkan 2000 unit Galaxy Fold kini sedang diuji dari setiap aspek bagi memastikan tiada masalah akan berlaku apabila ia dilancarkan semula. Maklum balas dari pengulas awal Galaxy Fold kini digunakan sebagai asas kepada ujian yang dilakukan. Sungguhpun begitu Samsung masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh baharu jualan akan dilakukan.