TM Hadir Dengan Sistem Identiti Digital Tersendiri Dinamakan “Digitalme”

TM Hadir Dengan Sistem Identiti Digital Tersendiri Dinamakan “Digitalme”

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Telekom Malaysia sedia mempunyai sejumlah besar pengguna aktif yang melanggan perkhidmatan Unifi, Streamyx dan sebagainya. Kini, dalam usaha menyatukan pelbagai identiti dibawah sistem baru, mereka hadir dengan penawaran identiti digital tersendiri dinamakan Digitalme.

Digitalme menyatukan semua akaun digital menggunakan satu akaun yang sama, sekaligus memudahkan pengguna log masuk dengan hanya perlu ingati satu nama pengguna dan kata laluan sahaja.


Telekom Malaysia mengatakan sistem identiti digtal ini akan digunakan untuk perkhidmatan Unifi, selain dibuka ke penawaran perkhidmatan yang lain. Bagi pengguna sedia ada Unifi.com.my, anda akan mempunyai akaun Digitalme secara automatik, dan anda akan diminta mengemaskini kata laluan anda apabila log masuk.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah TM akan membuka penawaran ini untuk pembangun lain – sekaligus mengintegrasikan sistem identiti Digitalme pada perkhidmatan yang dibangunkan para pembangun tempatan lain. Mungkin kita akan mendengar lanjut penawarannya daripada TM pada masa akan datang.

Sebelum ini, kerajaan turut telah mengumumkan inisiatif untuk hadir dengan sistem identiti digital, selain Pos Malaysia turut melihat ke arena yang sama.

Terima kasih Amin untuk tips awal.


TIPS & ULASAN