Carian
Kemaskini Windows 10 Pada Bulan September Akan Memfokuskan Kepada Peningkatan Prestasi
July 2, 2019 Nazrin

Sistem operasi Microsoft Windows 10 biasanya akan memperlihatkan dua kemaskini besar setahun, tetapi pada tahun ini, nampaknya kemaskini kedua hanya akan memfokuskan kepada penambahbaikan prestasi sistem operasi tersebut.

Menurut penulisan Dona Sarkar, ketua Windows Insider Program, kemaskini 19H2 akan memperbaiki isu-isu yang hadir pada kemaskini besar yang tiba pada bulan Mei lepas, termasuklah penambahbaikan prestasi ciri-ciri enterprise dan sebagainya.

Apa yang menarik mengenai kemaskini akan datang ini ialah tidak seperti sebelum ini dimana pengguna perlu memuat-turun fail kemaskini yang besar, kemaskini akan dimuat-turun sedikit demi sedikit seperti kemaskini bulanan untuk mengelakkan kejutan apabila tiba masa untuk sistem operasi tersebut dikemaskini.

Ketiadaan ciri-ciri baru pada kemaskini Windows 10 akan datang ini bukanlah kehilangan yang besar, kerana kemaskini yang baru sahaja hadir sudahpun memperkenalkan ciri-ciri yang menarik seperti penjedaan kemaskini, tema desktop baru, kemaskini carian fail-fail didalam komputer dan sebagainya.

Dalam pada itu, kemaskini akan datang ini akan tiba pada bulan September kelak, dan bukan bulan Oktober seperti kemaskini-kemaskini sebelum ini.

Komen