IKEA Melancarkan Muka Taip ‘Soffa Sans’ Yang Diinspirasikan Daripada Rekaan Sofa

IKEA Melancarkan Muka Taip ‘Soffa Sans’ Yang Diinspirasikan Daripada Rekaan Sofa

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

IKEA terkenal dengan pengeluaran perabot yang menarik dan dijual pada harga yang mampu-milik. Mereka kini nampaknya turut hadir dengan muka taip (typeface) tersendiri yang dikenali sebagai ‘Soffa Sans’.

Ilham untuk menghasilkan muka taip ini tercetus selepas beberapa individu menghantar sejumlah rekaan huruf pada laman “Design your own sofa“. Laman ini membolehkan pengguna menghasilkan susun atur sofa tersendiri berdasarkan sofa daripada IKEA.

Perkara ini menyebabkan IKEA bekerjasama dengan agensi Proximity London untuk menghasilkan muka taip Soffa Sans. Ia dibina berasaskan bentuk sofa VALLENTUNA, sehingga IKEA menggelarkannya sebagai ‘muka taip terlembut di dunia‘.

Muka taip ini telah ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat-turun melalui halaman rasmi IKEA. Menurut The Drum, Soffa Sans ini melibatkan sebanyak 1,434 sofa, dan dijangka akan membawa kos £106,320 (~RM556,549) sekiranya ia direka di dunia nyata.


TIPS & ULASAN