Cari @ Amanz

Pada Ogos lepas, Xiaomi ada mendaftar tanda dagang ‘Xiaomi Express’. Namun masih tiada sebarang produk atau perkhidmatan yang berkait dengannya. Menurut Xiaomi, mereka sengaja mendaftar bagi menjaga nama tersebut.

China Trademark Office telah mendedahkan kelas-kelas tanda dagang ‘Xiaomi Express’ yang Xiaomi daftar. Ia mempunyai beberapa kelas berbeza, termasuk Class 38 dan Class 39 untuk memberi notifikasi kepada pembeli melalui SMS dan pendaftaran untuk perkhidmatan penghantaran. Akhirnya, selepas hampir setahun – Xiaomi telah hadir dengan perkhidmatan ini.

Baru-baru ini mydrivers melaporkan yang Xiaomi India telah mengumumkan perkhidmatan ‘Next Day’ yang mana boleh menghantar produk Xiaomi sehari sahaja kepada lebih 150 bandar di India. Buat masa ini, hanya Xiaomi India sahaja mempunyai perkhidmatan ini dan negara-negara kain yang mempunyai kedai fizikal Xiaomi – masih belum diumumkan.

Agak menarik jika pengedar Xiaomi di Malaysia boleh hadir dengan perkhidmatan sebegini. Harapnya kelak mereka akan berbuat demikian bagi memudahkan para pembeli.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd