Redmi Telah Berjaya Menjual Lebih 1 Juta Unit Redmi K20 Dalam Tempoh Sebulan

Redmi Telah Berjaya Menjual Lebih 1 Juta Unit Redmi K20 Dalam Tempoh Sebulan

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Redmi baru sahaja menjual Redmi K20 pada sebulan yang lalu dan nampaknya kini mereka berjaya meraih sambutan yang cukup hangat daripada pengguna. Mengikut stastistik yang dikeluarkan oleh Redmi, peranti ini telah berjaya terjual sebanyak 1 juta unit selepas sebulan ia dilancarkan.

Perkara ini dilaporkan sendiri oleh Lu Weibing yang merupakan Pengurus Utama bagi sub-jenama Redmi. Pencapaian ini dilihat cukup impresif kerana Redmi adalah sebuah jenama baru, berbanding sebuah siri kecil bagi produk Xiaomi ketika sebelumnya.

Pencapaian ini diperolehi atas hasil daripada spesifikasi yang ditawarkan pada Redmi K20. Ia membawakan skrin penuh tanpa takuk pada saiz 6.39-inci AMOLED, cip Snapdragon 730, dan memori 6GB RAM. Ia juga membawakan sokongan tri-kamera 48MP f/1.8 + 8MP (telefoto) + 13MP (ultralebar), kamera pop-naik 20MP, dan bateri sebesar 4000 mAh.

Dengan harga jualan bermula RM1199 di Malaysia, kesemua penawaran yang hadir ini sememangnya cukup bernilai untuk harganya. Tidak hairanlah ia mampu terjual lebih 1 juta unit dalam tempoh yang singkat, walaupun tidak melalui proses permasaran yang agresif seperti jenama-jenama yang lain.


TIPS & ULASAN