Pasaran Tablet Dijangka Akan Mencapai Jualan Melebihi $600 Bilion Menjelang Akhir 2026

Pasaran Tablet Dijangka Akan Mencapai Jualan Melebihi $600 Bilion Menjelang Akhir 2026

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Walaupun pasaran tablet pada saat ini kian merudum, sebuah kajian daripada Future Market Insights menjangkakan permintaan peranti ini akan meningkat – disebabkan oleh sejumlah faktor tertentu. Mengikut laporan daripada mereka, pasaran tablet ini akan mencapai jualan USD $600 bilion menjelang akhir tahun 2026.

Tablet pada awalnya dilihat mampu memberi jualan yang baik, namun dengan peningkatan saiz telefon pintar, ia telah memberi kesan kepada penjualan tablet ini. Namun begitu, tablet masih ada permintaannya dan dijangka akan menerima masa depan yang lebih cerah terutama dari segi jualan.

Melalui hasil kajian daripada Future Market Insights, peningkatan pasaran tablet ini dijangka akan didorong berdasarkan:

  • Banyak tablet akan datang akan dilengkapi dengan binaan yang lebih tahan lasak
  • Pengeluar akan lebih memfokuskan kepada pengeluaran tablet yang lebih berkualiti
  • Tablet akan datang dapat memberi prestasi yang lebih pantas dan terjamin untuk kegunaan jangka masa panjang
  • Mempunyai sokongan rangkaian 4G LTE yang lebih baik
  • Peningkatan fungsi yang memfokuskan kepada keupayaan manusia seperti isyarat tangan (gesture) dan biometrik
  • Mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik atas penggunaan cip yang lebih efisien

Walaupun kajian ini memperlihatkan aspek jualan untuk pasaran tablet Android, ia sebenarnya turut merangkami pasaran tablet Apple iaitu iPad. Sekiranya kajian ini benar, ia dijangka akan mencapai jualan sekitar $600 bilion pada 2026 melalui peningkatan jualan tahunan sebanyak 9.1%.



TIPS & ULASAN