Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX Super Rasmi – Kini Dengan Prestasi Lebih Berkuasa

Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX Super Rasmi – Kini Dengan Prestasi Lebih Berkuasa

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX Super pada mulanya diacah sebelum acara Computex Taipei, menjanjikan sesuatu yang berkuasa, tetapi sayangnya tidak sempat ditunjuk di acara tersebut.

Pelbagai butiran mengenai siri kad grafik tersebut telah tertiris, tetapi pihak NVIDIA nampaknya akhirnya hadir dengan pengumuman rasmi mengenai kad-kad grafik tersebut.

Siri kad grafik tersebut terdiri daripada NVIDIA GeForce RTX 2080 Super, NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dan NVIDIA GeForce RTX 2060 Super dimana mereka semua mempunyai jumlah teras dan kelajuan yang lebih tinggi berbanding dengan kad-kad grafik asal.

Butiran khusus mengenai kad-kad grafik ini adalah seperti berikut:

NVIDIA GeForce RTX 2080 Super

  • Cip Pemprosesan Grafik: TU-104
  • Teras CUDA: 3072
  • Memori: GDDR6 8GB
  • Kelajuan Memori: 15.5Gbps
  • Harga: $699

NVIDIA GeForce RTX 2070 Super

  • Cip Pemprosesan Grafik: TU-104
  • Teras CUDA: 2560
  • Memori: GDDR6 8GB
  • Kelajuan Memori: 14Gbps
  • Harga: $499

NVIDIA GeForce RTX 2060 Super

  • Cip Pemprosesan Grafik: TU-104
  • Teras CUDA: 2176
  • Memori: GDDR6 8GB
  • Kelajuan Memori: 14Gbps
  • Harga: $399

Apa yang menarik mengenai kad-kad grafik ini, khususnya Geforce RTX 2070 Super dan GeForce RTX 2060 Super ialah kad yang pertama menggunakan cip pemprosesan grafik yang sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080, manakala GeForce RTX 2060 Super kini mempunyai jumlah memori GDDR6 yang sama seperti kad grafik yang lebih berkuasa. GeForce RTX 2080 Super pula mempunyai memori GDDR6 yang lebih pantas pada 15.5Gbps.

Kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 Super dan RTX 2060 Super bakal dilancarkan pada 9 Julai kelak, manakala NVIDIA GeForce RTX 2080 Super akan tiba di pasaran pada 23 Julai kelak.

Walaupun begitu, pihak NVIDIA masih belum mengesahkan jika tarikh ini adalah sama untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN