Samsung Mengumumkan Akan Mula Memasarkan Galaxy A80 Bermula Julai Ini

Samsung Mengumumkan Akan Mula Memasarkan Galaxy A80 Bermula Julai Ini

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Samsung hari ini telah mengumumkan mereka akan memasarkan Galaxy A80 disejumlah negara terpilih bermula bulan Julai ini. Pihak Samsung Malaysia masih tidak mengeluarkan kenyataan bilakah Galaxy A80 akan dilancarkan, tetapi memandangkan kita sering menerima peranti Samsung dengan pantas, maka kita mungkin boleh menyasarkan pelancaran tempatan tidak lama lagi.

Samsung Galaxy A80

Galaxy A80 merupakan telefon pintar Samsung yang hadir dengan rekaan skrin menyeluruh tanpa takuk atau lubang pada skrin. Ia menggunakan mekanisma kamera boleh-pusing – sekaligus menggunakan tri-kamera sama untuk rakaman kamera belakang dan juga swafoto.

Dari segi spesifikasi, Galaxy A80 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, dilengkapi bateri 3700mAh, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Ia turut hadir dengan sokongan kamera 48-megapixel untuk rakaman utama, kamera sudut lebar 8-megapixel, dan lensa ketiga berfungsi sebagai sensor 3D Depth.

Peranti ini turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 25W, selain pengimbas cap jari pada skrin.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualan rasmi di Malaysia masih belum diketahui lagi. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai peranti ini di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi.



TIPS & ULASAN