Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi siri telefon pintar terbaru, iaitu Xiaomi Mi CC9. Dibawahnya, sebanyak tiga telefon pintar diperkenalkan, iaitu Mi CC9, Mi CC9e, dan juga Mi CC9 Meitu Edition. Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan rekaan yang menarik, termasuk penggunaan skrin bertakuk kecil dihadapan.
Xiaomi Mi CC9 hadir dengan skrin 6.39-inci dengan panel AMOLED, dijana cip Snapdragon 710, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.
Ia menggunakan tri-kamera dibelakang dengan sensor utama 48-megapixel, sensor ultra-lebar 8-megapixel dan 2-megapixel untuk Depth. Untuk rakaman swafoto pula ia hadir dengan kamera 32-megapixel. Peranti ini dijana dengan bateri berkapasiti 4030mAh.
Untuk Xiaomi Mi CC9e pula, ia hadir dengan skrin 6.09-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 665, memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut hadir dengan penawaran kamera lebih kurang sama, selain bateri 4030mAh.
Untuk Xiaomi Mi CC9 Meitu Edition pula, ia hadir dengan penawaran lebih kurang sama, tetapi menyertakan pengoptimasian kamera khusus daripada Meitu yang menyediakan rakaman gambar lebih cantik lagi melaluinya.
Selain penawaran kamera menarik, pihak Xiaomi turut menyertakan logo yang diletakkan secara mendatar dibahagian belakang – yang turut berfungsi sebagai LED notifikasi. Pencahayaan pada logo berkenaan akan berubah mengikut notifikasi yang diterima pengguna. Selain daripada itu, ciri seperti Mimoji dan sebagainya.
Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran Mi CC9 untuk pasaran global tidak lama lagi.