Carian
Huawei Sedang Menanti Kebenaran Untuk Menggunakan Android
July 3, 2019 Effi Saharudin

Halangan perdagan ke atas Huawei dikenakan Jabatan Perdagangan A.S pada bulan Mei lalu. Mereka kini sedang di dalam tempoh pelepasan sementara selama 90 hari yang membenarkan sistem operasi Android dikemas kini. Selepas Presiden Trump berkata Huawei kini dibenarkan berurusniaga dengan syarikat dari A.S, antara persoalan yang belum terjawab adalah ini termasuk dengan Google.

Huawei telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka menanti kebenaran arahan dari Jabatan Perdagangan untuk berurusan dengan Google bagi meneruskan penggunaan sistem operasi Android. Ini adalah menurut Tim Danks, timbalan presiden pengurusan risiko dan hubungan rakan niaga di Huawei.

Sekatan yang ditarik tempoh hari bukanlah pelepasan menyeluruh tetapi hanya pada perkakasan dan perisian yang tidak boleh digunakan untuk menggugat keselamatan Amerika. Setakat ini pembelian cip dibenarkan tetapi senarai lengkap syarikat yang boleh berurusan semula dengan Huawei masih belum diketahui.

Komen