Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Akan Diperlihatkan Oktober Depan

Prototaip Kereta Terbang Pertama Negara Akan Diperlihatkan Oktober Depan

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Pada Mac yang lalu model kereta terbang Vector oleh syarikat Aerodyne diperlihatkan di acara LIMA 2019. Kereta terbang yang mampu membawa dua penumpang ini mendapat perhatian ramai kerana ia yang pertama dibangunkan oleh syarikat tempatan. Bagi yang menantikan model menjadi realiti, prototaip pertama akan diperlihatkan seawal Oktober depan.

Ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menjawab soalan di Parlimen semalam. Menurut beliau pembangunan kereta terbang pertama negara adalah diusahakan oleh syarikat swasta tanpa penglibatan dana kerajaan.

Turut diumumkan ialah kerajaan sedang memainkan peranan sebagai fasilitator dalam membangunkan ekosistem industri mobiliti udara, terutama dari segi merumuskan dasar, peraturan dan sokongan industri tempatan untuk memenuhi keperluan dalam membangunkan industri. Peraturan perlu diwujudkan bagi mengenalpasti ruang udara yang boleh digunakan kereta terbang dan dron di masa hadapan. Ini dilakukan dengan perbincangan bersama Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam.


TIPS & ULASAN