Instagram Memperkenalkan Pelekat Chat Untuk Stories Bagi Memulakan Perbualan Berkumpulan

Instagram Memperkenalkan Pelekat Chat Untuk Stories Bagi Memulakan Perbualan Berkumpulan

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Instagram ialah antara sepuluh platform media sosial terpopular dunia tahun ini. Dengan jumlah pengguna aktif bulanan melangkaui 1 bilion, ia kini berubah dari sebuah lama perkongsian gambar menjadi platform mempromosikan diri pemangkin media sosial. Fungsi yang popular di kalangan mereka ialah mempromosikan acara menggunakan Stories.

Instagram hari ini memperkenalkan pelekat Chat baharu di dalam Stories yang memudahkan perbualan secara berkumpulan dilakukan. Antara kegunaan yang diperlihatkan ialah mengajak pengikut untuk berbual mengenai acara tertentu dengan mudah. Pengikut yang ingin pergi misalnya boleh berbicara sesama mereka sebelum acara bermula.

Pemegang akaun yang menggunakan pelekat ini terlebih dahulu perlu memberikan akses kepada pengikut yang dibenarkan untuk berbual secara berkumpulan. Pelekat baharu ini boleh digunakan sekarang pada Android dan iOS.


TIPS & ULASAN