Intel Bekerjasama Dengan Syarikat Automotif Dalam Membangunkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Kenderaan Swapandu

Intel Bekerjasama Dengan Syarikat Automotif Dalam Membangunkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Kenderaan Swapandu

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Banyak pengeluar kenderaan pada saat ini sedang membangunkan sistem swapandu tersendiri sebagai kemudahan kepada para pemandu. Disebabkan populariti sistem swapandu ini kian meningkat, Intel telah bekerjasama dengan sejumlah pasukan daripada syarikat automotif dalam membangunkan garis panduan keselamatan untuk kenderaan swapandu.

Garis panduan ini telah sedia dilihat oleh pengeluar kenderaan melalui kertas bertajuk “Safety First Automated Driving“. Ia mempunyai sejumlah panduan dan perkara-perkara asas keselamatan yang perlu dipatuhi ketika membangunkan kenderaan swapandu ini.

Antara syarikat automotif yang terlibat dalam penghasilan kertas panduan ini ialah Audi, Baidu, BMW, Here Technologies, dan Volswagen. Ia merangkumi 12 prinsip asas keselamatan swapandu, terutama dari segi pengoperasian, pengendalian, rekaan, dan kebolehan rakaman data.

Dengan adanya garis panduan keselamatan ini, pengeluar dapat mengikuti piawaian yang lebih selari dengan sistem swapandu yang ada pada kenderaan yang lain. Bagi anda yang berminat untuk melihat garis panduan ini dengan lebih terperinci, anda boleh mendapatkannya melalui halaman rasmi Intel.


TIPS & ULASAN