Facebook Akan Merendahkan Kedudukan Status Dengan Tuntutan Kesihatan Melampau

Facebook Akan Merendahkan Kedudukan Status Dengan Tuntutan Kesihatan Melampau

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Facebook mula menentang penularan maklumat palsu dan anti vaksni tahun ini secara serius. Semakan fakta palsu telahpun diaktifkan kepada pengguna di Malaysia sejak seminggu lalu. Sasaran seterusnya oleh Facebook ialah memerangi status yang mempunyai kandungan tuntutan kesihatan yang melampau.

PerubatanStatus seperti ini sering digunakan untuk menjual produk kesihatan. Produk mungkin dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit atau meningkatkan tahap kesihatan pengguna. Ia adalah taktik jualan yang kami lihat amat popular di kalangan pengguna tempatan walaupun melanggar garis panduan KKM.

Facebook akan merendahkan kedudukan status yang didapati melakukan tuntutan kesihatan melampau. Ia tidak akan lagi dipaparkan pada bahagian atas susur masa dengan tahap kepentingan yang direndahkan di dalam sistem Facebook. Dengan ini kebebasan bersuara pengguna Facebook masih dibenarkan tetapi penyebaran status yang tidak berasas sains seperti ini akan dapat dikurangkan.


TIPS & ULASAN