Carian
Samsung Galaxy Note 10 Akan Menyokong Pengecasan Nirwayar 15W
July 3, 2019 Fahim Zahar

Samsung bakal mengadakan acara Galaxy Unpacked pada 7 Ogos ini, bagi melancarkan Galaxy Note 10. Melalui video acah, berkemungkinan besar rekaan peranti ini adalah menggunakan skrin Infinity-O yang diletak di bahagian tengah. Bukan itu sahaja, menurut laporan Samsung mungkin akan melancarkan lebih dari satu variasi Galaxy Note 10 pada tahun ini.

Terkini, terdapat informasi baru mengenai peranti Note ini. Menurut pemfailan FCC, Samsung dilihat sedang menguji pengecas nirwayar dengan kuasa 15W melaui pengecas model EP-N5200. Sokongan pengecasan ini dilihat telah diuji kepada Galaxy Note 10+ (SM-N975U) dan Galaxy Note 10+ 5G (SM-N976V). Jika anda keliru dengan perkara ini, sebelum ini Samsung sudah pun menyokong pengecasan nirwayar 15W (maksima) – jadi ada kemungkinan besar yang pengecas nirwayar baru ini 15W adalah kuasa minima.

Selain itu, Galaxy Note 10 turut dikatakan akan hadir dengan pengecas berwayar sehingga 25W. Setakat ini, pengecas nirwayar paling pantas yang berada di pasaran adalah daripada Xiaomi – untuk peranti Mi 9 dengan sokongan sehingga 20W.

Komen