iOS 13 Mungkin Akan Membolehkan Pemindahan Data Antara Peranti Dilakukan Melalui Kabel

iOS 13 Mungkin Akan Membolehkan Pemindahan Data Antara Peranti Dilakukan Melalui Kabel

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Apple baru sahaja melancarkan iOS 13 Developer Beta 3 pada pagi ini dengan sejumlah penambah baikan dari segi pepijat. Walau bagaimanapun, ia turut mengandungi beberapa perkara baru yang disembunyikan, iaitu kebolehan pemindahan data antara peranti dilakukan melalui kabel.

Perkara ini dijumpai melalui kod yang tersembunyi pada halaman ‘Setup‘ untuk iOS 13 ini. Kod ini memberi akses kepada aset berbentuk gambar rajah, yang mana memperlihatkan dua peranti yang dihubungkan melalui kabel.

Pada saat ini, apabila anda menetapkan peranti ketika kali pertama, anda akan diberi pilihan sama ada untuk membuat proses restore melalui iTunes atau iCloud. Namun dengan gambar rajah yang diperlihatkan ini, iOS 13 mungkin akan membolehkan proses restore ini dilakukan dengan lebih pantas melalui penggunaan kabel.

Proses ini walau bagaimanapun tidak ditunjukkan sewaktu iOS 13 Developer Beta 3 ini dan mungkin akan diperkenalkan ketika ia mencapai versi stabil. iOS 13 dijangka akan diedarkan secara rasmi kepada iPhone 6s dan ke atas pada pertengahan September ini.


TIPS & ULASAN