iQOO Neo Dilancarkan – Snapdragon 845, 4500mAh, Tri-Kamera, Harga Bermula RM1082

iQOO Neo Dilancarkan – Snapdragon 845, 4500mAh, Tri-Kamera, Harga Bermula RM1082

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

iQOO adalah sub-jenama daripada Vivo yang mana, peranti ini memfokuskan prestasi, permua dan dijual pada harga yang sangat mampu milik. Peranti pertama mereka, iQOO dijana Snapdragon 855, bateri 4000mAH, tri-kamera dan harga jualan set import di Malaysia hanya RM2,399 untuk 12/256 GB.

Baca Pandang Pertama iQOO Di Sini

Terkini, Vivo telah melancarkan iQOO Neo – yang mana adalah peranti ‘bajet’ mereka yang paling berkuasa. iQOO Neo dijana Snapdragon 845 yang dipadankan dengan memori 6/8 GB RAM dan pilihan storan dalaman 64/128 GB. Skrin iQOO Neo adalah 6.38-inci Super AMOLED dengan takuk kecil dan resolusi FHD+. Untuk kamera pula, peranti ini mempunyai tri-kamera yang menggabungkan lensa 12MP + 8MP ultra-lebar + 2MP sensor kedalaman. Kamera swafoto pula adalah 12MP.

Untuk bateri, peranti mempunyai kapasiti sehingga 4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W melalui sambungan USB-C. Untuk sekuriti, peranti ini mempunyai pengimbas cap jari bawah skrin bersama-sama dengan nyahkunci berasaskan wajah.

Seperti peranti iQOO yang sebelum ini, iQOO Neo turut mempunyai sistem penyejukan cecair, sokogan motor getaran 4D dan juga mod permua yang dioptimasikan dengan kecerdasan buatan. Peranti ini mempunyai dua warna berbeza; Carbon Black dengan rekaan gentian karbon yang cantik dan juga Electro-Optic Violet yang berasaskan warna ungu cerun.

Harga jualan adalah sangat murah untuk spesifikasi seperti ini. Ia dijual pada harga 6/64GB RMB1798 (~RM1081), 6/128GB RMB1998 (~RM1202), 8/64GB RMB2098 (~RM1261) dan juga variasi paling tinggi 8/128GB RMB2298 (~RM1382). Harga jualan yang agak murah dan menarik, harapnya peranti ini akan masuk ke pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN