Cari @ Amanz

Fungsi Terbaru iOS 13 Dapat Membetulkan Pandangan Mata Ketika Melakukan Panggilan FaceTime

Link Copied!

iOS 13 beta 3 nampaknya bukan sahaja membaiki beberapa pepijat di dalamnya, namun turut menyertakan fungsi terbaru yang berguna untuk pengguna. Untuk beberapa peranti iOS terpilih, iOS 13 beta 3 ini akan membolehkan pengguna mengaktifkan fungsi membetulkan pandangan mata ketika melakukan panggilan FaceTime.

Fungsi ini dikenali sebagai “FaceTime Attention Correction” yang mana akan menambah baik posisi mata anda ketika melakukan panggilan FaceTime. Secara kasarnya, pengguna akan memandang skrin ketika FaceTime, jadi fungsi ini akan memposisikan mata seumpama anda melihat pada kamera.

Namun begitu, fungsi ini hanya ditawarkan kepada sejumlah peranti sahaja, iaitu peranti yang menggunakan cip Apple A12 Bionic dan mempunyai sistem Face ID. Bermakna, ia hanya merangkumi iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPad Pro 2018, sekaligus membuatkan iPhone X tidak berpeluang untuk menggunakan fungsi ini.

“FaceTime Attention Correction” telah boleh diaktifkan melalui halaman Settings > FaceTime bagi peranti iOS dengan cip A12 Bionic yang menjalankan iOS 13 beta 3. Ia dijangka akan diperkenalkan kepada lebih ramai pengguna melalui kemaskini iOS 13 versi umum pada pertengahan September tahun ini.


Komen ()