iFlix Kini Mempunyai Seramai 19 Juta Pengguna

iFlix Kini Mempunyai Seramai 19 Juta Pengguna

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video yang popular dikalangan pengguna tempatan. Berbeza dengan beberapa perkhidmatan penstriman video lain, iFlix turut menawarkan kandungan secara percuma – selain memudahkan pengguna untuk membuat langganan melalui kerjasama bersama pihak syarikat telekomunikasi.

Hari ini, iFlix berkongsi di Wild Digital Kuala Lumpur, mengatakan kini mereka mempunyai seramai 19 juta pengguna di seluruh dunia. Seperti ramai sedia maklum, iFlix memfokuskan kepada pasaran negara-negara membangun, selain lebih banyak kandungan tempatan padanya.

Di Malaysia sendiri, iFlix menawarkan bukan sahaja pelbagai kandungan berbentuk drama dan filem berbahasa Malaysia, tetapi turut menawarkan siaran perlawanan bola sepak, dan juga berita harian.

Pihak iFlix menyasarkan lebih banyak kandungan tempatan, selain kandungan eksklusif untuk platform berkenaan bergerak kehadapan.


TIPS & ULASAN