Antaramuka EMUI 10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Lebih Moden, Kebolehan Privasi Lebih Baik

Antaramuka EMUI 10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Lebih Moden, Kebolehan Privasi Lebih Baik

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Huawei dijangka akan memperkenalkan EMUI 10 pada acara pelancaran siri Huawei Mate 30. Namun beberapa antaramuka EMUI terbaru ini telah pun tertiris, bagi membolehkan anda membayangkan sejumlah perkara yang bakal hadir pada EMUI 10.

Dari segi antaramuka, ia membawakan tampilan seumpama EMUI 9.1, namun rekaan ikonografinya telah diperkemaskan dengan rekaan yang lebih moden. EMUI 10 juga menawarkan rekaan talam notifikasi ditambah baik, dengan membawa paparan lutsinar apabila ia diturunkan.

Seperti Android Q, EMUI 10 juga akan menyertakan sejumlah tetapan privasi baru terutama dari segi akses kepada storan dan lokasi. Ia juga dijangka akan hadir dengan sokongan tema berwarna gelap dan kawalan gesture baru pada Android Q.

Fungsi lanjut mengenai EMUI 10 masih tidak dikongsikan, namun dijangka akan diperkenalkan lebih lanjut pada acara Huawei Mate 30 kelak. Peranti ini bakal diperkenalkan pada pertengahan Oktober tahun ini dengan penawaran prestasi dan keupayaan kamera lebih baik berbanding Huawei P30 Pro.


TIPS & ULASAN