Xiaomi Redmi 7A Boleh Didapati Melalui Xiaomi Store Global Pada Harga RM459

Xiaomi Redmi 7A Boleh Didapati Melalui Xiaomi Store Global Pada Harga RM459

Diterbitkan pada July 3, 2019 oleh .

Xiaomi Store Global merupakan salah satu kedai atas-talian rentas negara yang diuruskan oleh pihak Xiaomi, sekaligus membolehkan pengguna mendapatkan produk Xiaomi terus dari China menggunakan saluran yang tepat. Malah, Shopee turut mengatakan pengguna yang membeli barangan melalui Xiaomi Global Store pada platform mereka boleh menebus jaminan melalui khidmat pelanggan Xiaomi di Malaysia.

Redmi 7A

Terbaru, menariknya Xiaomi Store Global menyenaraikan Redmi 7A untuk pasaran tempatan pada harga RM459.

Melalui Redmi 7A, ia menawarkan cip Snapdragon 439, memori 2GB RAM, storan 32GB, dan dilengkapi bateri 4000mAh. Peranti ini turut hadir dengan skrin 5.45-inci pada resolusi HD, kamera belakang 12-megapixdel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Redmi 7A ini melalui Xiaomi Store Global pada harga RM459, atau mungkin turut boleh menantikan beberapa minggu atau bulan lagi untuk melihat ia dibawa masuk secara rasminya oleh pihak Xiaomi Malaysia.


TIPS & ULASAN