WhatsApp, Instagram dan juga Facebook kini dilihat menghadapi masalah untuk digunakan sepenuhnya – dimana beberapa ciri pada perkhidmatan sosial berkenaan tidak dapat diakses.
Sebagai contoh, pada perkhidmatan permesejan WhatsApp, pengguna tidak boleh menghantar dan menerima media seperti audio atau gambar. Masalah ini dilihat hanya dihadapi sejumlah pengguna buat masa ini.
Buat masa ini, pihak Facebook yang menguruskan kesemua perkhidmatan ini masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya. Mungkin ia akan kembali pulih sepenuhnya sebentar lagi.
Kemaskini (8.16 pagi) : Facebook mengatakan masalah berkenaan telah pun diatasi, dan kini perkhidmatan beroperasi seperti biasa kembali.
Earlier today, some people and businesses experienced trouble uploading or sending images, videos and other files on our apps and platforms. The issue has since been resolved and we should be back at 100% for everyone. We're sorry for any inconvenience.
— Meta (@Meta) July 4, 2019