Mobvoi Bakal Melancarkan Jam Tangan Pintar TicWatch Baharu – TicWatch Pro 2?

Mobvoi Bakal Melancarkan Jam Tangan Pintar TicWatch Baharu – TicWatch Pro 2?

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Mobvoi adalah syarikat yang terdiri daripada bekas-bekas pekerja Nokia, Google, Yahoo, Tencent dan ramai lagi. Syarikat ini turut menerima dana yang banyak daripada Google. Mobvoi terkenal dengan produk jam tangan pintar mereka – TicWatch. Sehingga hari ini, Mobvoi sudah ada sekitar 8 jenis jam tangan pintar dengan fokus yang berbeza.

Antaranya adalah TicWatch Sport yang memfokuskan sukan, TicWatch Express yang memfokuskan gaya hidup, TicWatch Pro untuk pengguna profesional dan banyak lagi. Terkini, Mobvoi bakal hadir dengan jam tangan pintar baharu – yang masih lagi misteri.

Melalui video acah Mobvoi, jam tangan pintar baharu mereka ini akan lebih pantas dan berkuasa. Cuma tidak pasti, apakah fokus utama jam tangan pintar baharu mereka ini? Yang pasti, ia akan menjalankan Wear OS – kerana itu adalah sistem operasi utama mereka untuk pasaran global.

Ada kemungkinan besar adalah TicWatch Pro 2, yang mana sebelum ini pernah tertiris akan mempunyai sokongan kad SIM. Tetapi, mungkin juga mereka hanya akan lancarkan jam tangan pintar yang hebat yang kategorinya antara mampu milik dan premium. Ia akan dilancarkan pada 10 Julai ini, sama-sama kita nantikan kemunculan jam tangan pintar baharu mereka ini.


TIPS & ULASAN