Keuntungan Samsung Mungkin Terjejas Lima Puluh Peratus Kerana Sekatan Perdagangan Ke Atas Huawei

Keuntungan Samsung Mungkin Terjejas Lima Puluh Peratus Kerana Sekatan Perdagangan Ke Atas Huawei

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Ketika di sekolah rendah dahulu, subjek Alam dan Manusia adalah yang paling kami minati. Di dalam subjek ini hubungan kami mempelajari konsep simbiosis di antara manusia dan alam. Dunia teknologi juga mempunyai hubungan yang sama. Menurut laporan Reuters, keuntungan Samsung Electronics untuk suku kedua 2019 mungkin terjejas sehingga separuh akibat sekatan perdagangan ke atas Huawei.

Huawei menggunakan cip memori dan storan yang dikeluarkan oleh Samsung. Samsung pula adalah pengeluar cip DRAM dan NAND terbesar di dunia pada waktu ini. Ramalan pengurangan keuntungan ini dilakukan selepas melihat penghantaran kedua-dua cip ke China yang berkurangan selepas sekatan dikenakan Mei lalu. Ini menyebabkan pasaran kini mengalami masalah lambakan.

Perniagaan penghasilan cip Samsung menyumbang kepada 2/3 keuntungan syarikat tahun lalu. Sebelum ini kami melaporkan Samsung mengalami penyusutan keuntungan kerana jualan iPhone yang merosot tahun lalu. Apple perlu membayar penalti kepada Samsung kerana gagal melakukan pesanan minima seperti yang dipersetujui. Jelas sekali Ketiga-tiga pengeluar telefon pintar terbesar di dunia nampaknya bersimbiosis di antara satu sama alin



TIPS & ULASAN