MIUI 10 Beta Terkini Hadir Dengan Cadangan Tetapan Dan Pengurus Kata Laluan

MIUI 10 Beta Terkini Hadir Dengan Cadangan Tetapan Dan Pengurus Kata Laluan

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

MIUI adalah sistem operasi tersendiri Xiaomi yang berasaskan Android. Seperti banyak sistem operasi dari pengeluar peranti dari China, MIUI turut hadir dengan pelbagai ciri dan fungsi unik yang membuatkan ramai pengguna mereka gembira.

Terkini dalam MIUI 10 Beta China 9.7.1, MIUI hadir dengan dua ciri menarik bagi memudahkan lagi pengguna. Pertama adalah cadangan tetapan, yang mana apabila pengguna sedang mengubah sesuatu tetapan – akan terdapat cadangan tetapan lain yang MIUI akan cadangkan. Kedua adalah pengurus kata laluan. Sejak Android 8.0 Oreo lagi, sistem Android sudah hadir dengan API autofill cuma Xiaomi belum menggunakannya untuk fungsi mereka yang tersendiri.

Kedua-dua ciri baru dalam MIUI ini dilihat mengikut trend banyak sistem operasi sekarang. Contohnya One UI, yang mana cadangan tetapan dan pengurus kata laluan sudah hadir terbina dalam banyak peranti Samsung. Sayang sekali, pengguna global termasuk Malaysia – tidak dapat menguji ciri-ciri baru MIUI ini. Ini kerana bermula 1 Julai lepas, Xiaomi telah menghentikan pengedaran MIUI Beta untuk pengguna global – dengan alasan stabiliti adalah fokus utama.


TIPS & ULASAN