Canon ialah nama yang cukup ternama dalam dunia fotografi. Kelengkapan kamera mereka digunakan oleh golongan profesional kerana kualiti gambar yang mampu diambil. Mereka kini menceburkan diri pula dalam penghasilan kamera aksi padat tahan lasak dengan Canon IVY REC.
IVY REC ialah kamera padat yang mempunyai saiz yang hampir sama dengan sebuah pemacu USB. Ia dilengkapi sensor 13-Megapixel yang mampu merakam video pada resolusi 1080P 60FPS. Rekaannya unik kerana hadir dengan klip seakan cangkuk pendaki gunung. Ruang berbentuk segi empat sama pada IVY REC adalah viewfinder analog. Pengguna juga boleh menambat kamera ini pada telefon pintar untuk melihat gambar sebelum dan selepas diambil.
Bagi yang berminat Canon IVY REC akan mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo tetapi harga masih belum diumumkan.