Cari @ Amanz

Google Chrome adalah satu pelayar web yang terkenal. Ramai gemar menggunakannya kerana kemampuan menyelarikan akaun Google dan boleh diakses dari pelbagai peranti. Google juga kerap menguji pelbagai fungsi baharu untuk pelayar web ini, yang mana kebanyakan fungsi akhirnya akan hadir dalam versi stabil.

This slideshow requires JavaScript.

Terkini dalam Google Chrome Canary, Google telah menambah fungsi kawalan media melalui toolbar. Contohnya jika anda memainkan video YouTube dan kemudian membuka tab baharu untuk melayari laman web lain, anda boleh kawal sahaja video yang dimainkan seperti menjeda, langkau ke video lain atau kembali ke video asal. Fungsi ini dilihat turut berfungsi dengan laman web Spotify. Bagi yang ingin mencuba, boleh aktifkannya melalui chrome://flags melalui URL di bawah ini;

chrome://flags/#global-media-controls

Buat masa ini, fungsi ini hanya hadir dalam Chrome Canary dan ia sangat tidak stabil. Saya mencuba menggunakannya dan Chrome kerap tertutup dengan sendiri. Fungsi yang sangat berguna ini, harapnya akan hadir dalam versi stabil akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd