Cari @ Amanz

Presiden Trump berkata buat masa ini tarif tinggi tidak akan dikenakan ke atas produk China yang diimport ke A.S minggu lalu. Kedua-dua negara masih sedang berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu ini. Walaupun perbincangan sedang dilakukan, semakin banyak syarikat mula merancang untuk memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China sebagai langkah persediaan.

Dell Latitude 13 3000 2-in-1Menurut laporan Nikkei, Dell, HP dan Microsoft ialah tiga lagi syarikat yang kini merancang memindahkan sehingga 30% pengilangan produk mereka keluar dari China. Dell telah melakukan percubaan menghasilkan komputer riba di Filipina, Taiwan dan Vietnam. HP pula sedang mencari rantaian pembekal baharu di Taiwan dan Thailand manakala Microsoft sedang mempertimbangkan Indonesia dan Thailand.

Pada waktu ini Dell dan Hell menghasilkan komputer riba mereka di bandar Chongqing dan Kunshan. Tindakan tiga syarikat besar ini mengikuti langkah Google yang dilaporkan memindahkan pengilangan produk Nest ke Malaysia. Sementara itu Apple telah mula melakukan kajian untuk memindahkan pengilangan produk untuk pasaran Amerika Syarikat keluar dari China.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd