Carian
Vivo Z1 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – Snapdragon 712, Skrin Berlubang, 5000mAh
July 4, 2019 Fahim Zahar

Banyak peranti keluaran China, apabila dilancarkan secara global akan menggunakan nama yang lain. Contohnya Xiaomi dengan Redmi Note 7 dan Redmi K20. Terkini, Vivo turut melakukan perkara yang sama melalui peranti Vivo Z5X. Untuk pasaran India, mereka lancarkan sebagai Vivo Z1 Pro – tetapi dengan lebih kuasa.

Vivo Z1 Pro baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam. Ia dijana dengan Snapdragon 712, memori 4/6 GB RAM dan storan dalaman 64/128 GB. Untuk skrin, ia hadir dengan saiz 6.53-inci panel LCD dengan resolusi FHD+. Kamera pula menggunakan tri-kamera yang menggabungkan lensa 8MP AI Adi-Ultra Lebar + 16MP + 2MP lensa kedalaman. Lensa swafoto pula adalah jenis dalam skrin, dengan rekaan skrin berlubang daripada lensa 32MP.

Peranti ini mempunyai saiz bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan turut boleh dijadikan sebagai power bank untuk peranti lain melalui OTG. Bagi penggemar strim video, peranti ini turut menyokong Widevine L1. Untuk prestasi, peranti ini hadir dengan pelbagai AI Turbo untuk pengoptimasian lebih berkuasa melalui kecerdasan buatan.

Harga peranti ini adalah ₹14,990 (~RM901) untuk 4/64GB, ₹16,990 (~RM1021) untuk 6/64GB dan ₹17,990 (~RM1081) untuk 6/128GB dengan pilihan warna Sonic Black, Mirror Black dan Sonic Blue.

Komen