Televisyen Luar Rumah Terbesar Dunia Dengan Skrin 301-Inci Dijual Pada Harga RM6.2 Juta

Televisyen Luar Rumah Terbesar Dunia Dengan Skrin 301-Inci Dijual Pada Harga RM6.2 Juta

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

Televisyen dengan skrin sebesar 55-inci kini boleh dianggap normal di kebanyakan rumah kerana dijual pada harga mampu milik di Malaysia. Hanya lima tahun lalu, TV dengan saiz skrin yang sama dijual pada harga puluhan ribu. Tetapi jika anda mahukan televisyen yang unik C-Seed telah melancarkan televisyen 301-inci (7.6 meter) yang direka khusus untuk kegunaan di luar rumah.

C Seed 301 diperbuat dari bahan premium titanium dan boleh dilipat sebelum disimpan di dalam ruang khas di bawah tanah.  Tujuh panel TV melipat keluar semula apabila diperlukan. Televisyen setinggi enam meter ini memerlukan 25 saat untuk keluar dari ruang simpanan dan 40 saat lagi untuk membuka skrin. Resolusi yang disokong hanya sekadar 4K tetapi boleh memaparkan kandungan HDR.

Tiga pembesar suara dan tiga sub-woofer disertakan dengan output 2700W. Ia turut direka untuk terus berfungsi dalam situasi angin bertiup sehingga 50 km/j. Jika angin bertiup lebih kencang, ia secara melipat diri secara automatik dan disimpan.

Bagi yang berminat C Seed 301 akan dijual pada tahun 2020  dan boleh dipesan pada harga $1.5 juta (~RM 6.2 juta) sebuah. Sekiranya anda merasakan ini masih terlalu mahal, C Seed 201 dengan skrin 201-inci ditawarkan pada harga RM 2.4 juta sebuah.


TIPS & ULASAN