Elago Melancarkan Aksesori Pengecas Apple Watch Yang Menyerupai Bentuk iPod

Elago Melancarkan Aksesori Pengecas Apple Watch Yang Menyerupai Bentuk iPod

Diterbitkan pada July 4, 2019 oleh .

iPod merupakan peranti yang cukup ikonik kerana ia berjaya membawa pendengaran muzik digital kepada pengguna. Sebagai memberi penghargaan kepada peranti, Elago telah melancarkan bekas pengecas W6 Stand untuk Apple Watch yang menyerupai bentuk iPod.

Aksesori ini menawarkan rekaan ikonik iPod Classic dengan membawakan bahagian ‘scroll wheel‘ pada bahagian bawah. Dalam menjadikannya lebih menarik, Elago turut menyediakan imej latar belakang khas untuk Apple Watch ini dengan tampilan antaramuka asal iPod.

Dari segi sokongan, bekas pengecas ini menyokong kesemua model Apple Watch seperti Apple Watch (generasi pertama) dan model Apple Watch dari Series 1-4. Ia memerlukan pengguna menghubungkan wayar pengecas Apple Watch, dalam membolehkan jam tangan ini dicas dan memaparkan fungsi ‘Nighstand Mode’.

Bekas pengecas W6 Stand ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu kombinasi hitam/merah dan putih/perak. Ia dijual melalui halaman Amazon dengan membawa harga jualan $15 (~RM62) sebuah.


TIPS & ULASAN