Cari @ Amanz

Grab Menguji Perkhidmatan Pascabayar Di Singapura – Guna Dulu, Bayar Hujung Bulan

Oleh Aman

Link Copied!

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan sejumlah perkhidmatan, termasuk untuk seru-pandu, makanan, penghantaran dan sebagainya. Kebiasaan, pengguna perlu melakukan pembayaran terlebih dahulu ketika membuat tempahan – sekaligus mengelak kejadian pengguna tidak membayar dan sebagainya.

Menariknya, kini Di Singapura, pihak Grab menguji sebuah ciri baru dinamakan “PayLater”.

Grab Pay Later

Melaluinya, pengguna boleh menggunakan sejumlah perkhidmatan Grab, dan melakukan pembayaran pada penghujung bulan – sama seperti pelbagai perkhidmatan pascabayar yang lain.

Pengguna di Singapura boleh mengaktifkan ciri ini, dan mereka akan menerima jumlah perbelanjaan yang diberikan untuk mereka bagi sesuatu tempoh bulan. Seterusnya, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan Grab untuk melakukan pelbagai tempahan, dan menerima kenyataan penggunaan pada penghujung bulan, dan membayarnya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Grab akan memperluaskan ciri lebih kurang sama untuk negara-negara lain, termasuk di Malaysia.


Komen ()