Metalface Ialah Bahan Baharu Yang Membolehkan Permukaan Besi Menjadi Skrin Sesentuh

Metalface Ialah Bahan Baharu Yang Membolehkan Permukaan Besi Menjadi Skrin Sesentuh

Diterbitkan pada July 5, 2019 oleh .

Trend rekaan industri semasa ialah meletakkan skrin kaca yang besar pada pelbagai permukaan. Terdapat banyak kereta konsep yang mengubah keseluruhan permukaan papan pemuka kereta menjadi skrin sesentuh. Ini adalah rekaan yang menarik apabila skrin terpasang tetapi kurang menarik apabila skrin dimatikan. Bagi mereka yang tidak menggemari estetik kaca, bahan baru Metalface telah dihasilkan.

Metalface ialah resin yang kelihatan seperti permukaan besi sebenar. Ia walau bagaimanapun boleh membenarkan cahaya dan isyarat radio melepasinya. Ini membolehkan “permukaan besi” digunakan sebagai skrin untuk memaparkan antaramuka di dalam kereta, peti sejuk, jam tangan pintar dan pelbagai alatan elektronik yang lain.

Pada masa yang sama Metalface turut boleh mengesan sentuhan seperti skrin kaca yang digunakan pada peranti di pasaran sekarang. Dengan wujudnya bahan baharu ini, rekaan yang tidak terlalu berkaca mungkin dapat dihasilkan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN