HONOR 20 vs HONOR View20 – Yang Mana Menjadi Pilihan?

HONOR 20 vs HONOR View20 – Yang Mana Menjadi Pilihan?

Diterbitkan pada July 10, 2019 oleh .

HONOR merupakan satu jenama yang mana hampir kesemua perantinya dijual pada harga yang mampu milik walaupun spesifikasi yang ditawarkan adalah seumpama spesifikasi peranti mercu.

Tahun ini, HONOR melancarkan dua peranti mercu mereka, iaitu HONOR 20 dan juga HONOR View20. Kedua-dua peranti ini membawakan spesifikasi yang hampir sama. Namun, apa yang membezakan kedua-dua peranti ini adalah HONOR 20 hadir dengan spesifikasi yang sedikit berlainan berbanding HONOR View20.

Bagi anda yang sedang mencari cari telefon pintar dan keliru sama ada untuk memilih antara HONOR 20 atau HONOR View20, mungkin melalui artikel ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat keputusan pembelian.

HONOR 20 hadir dengan rekaan skrin 6.26 inci beresolusi FHD+ bersama pengimbas cap jari pada bahagian sisi peranti, manakala HONOR View20 juga hadir dengan resolusi FHD+, namun rekaan skrinnya adalah sedikit besar, iaitu 6.4 inci dan pengimbas cap jarinya pula terletak pada bahagian belakang kerangka peranti.

Bagi rekaan kerangka belakang pula, HONOR 20 dilengkapi dengan kerangka Dynamic Holographic iaitu kerangka seakan kaca yang dihasilkan melalui teknologi Triple 3D Mesh. Manakala HONOR View20 pula, ia hadir dengan binaan yang juga berasaskan kaca tetapi terdapat pantulan berbentuk huruf “V” apabila cahaya dipantulkan.

Jadi, bagi anda yang lebih selesa dengan rekaan skrin yang lebih besar, ia lebih berbaloi untuk anda memilih HONOR View20. Namun, sekiranya anda tidak kisah akan keluasan skrin, tetapi inginkan peranti pada harga yang lebih rendah, HONOR 20 adalah pilihan yang bijak. Hal ini adalah kerana keluasan skrin yang ditawarkan oleh HONOR View20 adalah lebih besar berbanding HONOR 20.

Spesifikasi untuk kedua dua telefon pintar ini juga tidak kurang hebatnya, dimana kedua duanya menerima sokongan Dual GPS yang membolehkan anda untuk mendapatkan isyarat GPS yang lebih kuat berbanding peranti peranti biasa, seperti di tempat tempat yang sukar didapati, seperti di tempat meletak kenderaan bertingkat di dalam bangunan.

Bukan itu sahaja, HONOR 20 dan HONOR View 20 ini juga dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0 dan Link Turbo yang membolehkan peranti peranti ini berjalan dengan lancar ketika penggunaan internet dan aplikasi berjalan dengan serentak, seperti bermain permua. Bagi HONOR View20, anda perlu mengemaskini kepada versi EMUI 9.1 terlebih dahulu untuk mendapatkan fungsi ini. 

Apa yang membezakan kedua dua peranti ini adalah HONOR View20 dilihat lebih berbaloi untuk kegunaan permua. Hal ini disebabkan telefon pintar ini dilengkapi dengan tiga antena WiFi (Triple Wifi Antenna) dan sistem penyejukkan cecair (Liquid Cooling System). 

Dengan kelengkapan untuk pengoptimasian permua ini, prestasi permainan anda akan menjadi lebih lancar. HONOR View20 ini tidak akan menjadi panas apabila bermain permua dalam tempoh masa yang lama hasil daripada proses penyejukkan cecair ini.

Kebiasaannya, peranti pintar dilengkapi dengan dua antena WiFi sahaja. Namun, ia berbeza dengan peranti HONOR View20 ini dimana ia menyertakan tiga antena WiFi yang berfungsi untuk mengawal sambungan internet pada sesuatu peranti. Oleh itu, anda tidak perlu risau prestasi permainan anda akan terganggu kerana dengan adanya tiga antena WiFi ini, ia mampu untuk mengekalkan sambungan internet pada peranti anda.

Dari segi spesifikasi kameranya pula, HONOR 20 dilengkapi dengan sistem empat kamera utama, iaitu gabungan sensor 48MP AI Ultra Clarity, 16MP untuk sudut lebar, 2MP untuk penggambaran jarak dekat (macro), dan sensor 2MP Depth serta 32MP untuk kamera hadapan.

This slideshow requires JavaScript.

Untuk kamera HONOR View20 pula, ia dilengkapi dengan kamera utama 48MP AI Ultra Clarity dengan kamera hadapan 25MP.

This slideshow requires JavaScript.

Jadi, sekiranya anda seorang yang mementingkan kebolehan kamera untuk peranti pintar, HONOR 20 adalah pilihan yang baik untuk anda pertimbangkan kerana ia dilengkapi dengan sistem empat kamera utama. Tidak kurang juga HONOR View20 dimana telefon pintar ini juga dilengkapi dengan lensa kamera yang cukup besar untuk rakaman utama dan swafoto.

Kapasiti bateri yang ditawarkan untuk HONOR 20 adalah sebesar 3750 mAh, manakala kapasiti bateri yang terdapat pada HONOR View20 adalah sebesar 4000 mAh. Kedua dua telefon pintar ini menyokong untuk membuat pengecasan pantas 22.5W.

Dari segi penawaran memori storan untuk kedua dua peranti ini pula, HONOR 20 hadir dengan memori sehingga 6GB RAM bersama storan dalaman sehingga 128GB. Untuk HONOR View 20, kapasiti memori dan storan yang ditawarkan adalah sedikit besar, iaitu memori sehingga 8GB bersama storan dalaman 256GB.

Secara keseluruhan, kedua dua telefon pintar ini ada kelebihannya yang tersendiri dan dipasarkan pada harga yang mampu milik. Sekiranya anda inginkan peranti mercu yang dioptimasikan untuk penggambaran, HONOR 20 adalah antara pilihan yang terbaik.

Hal ini kerana, HONOR 20 ini boleh dilengkapi dengan rekaan sistem empat kamera utama gabungan 48MP+16MP+2MP+2MP, bateri berkapasiti 3750 mAh, dan sokongan GPU Turbo serta Link Turbo untuk pengoptimasian permua.

Tetapi, jika anda inginkan peranti mercu yang lebih berkuasa untuk kegunaan permua dan pilihan storan yang lebih besar, HONOR View20 adalah jawapannya. Hal ini adalah kerana telefon pintar ini dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0, Link Turbo, sistem penyejukkan cecair, tiga antena WiFi dan Dual GPS. Di Malaysia, HONOR View 20 ini dipasarkan pada harga bermula RM1999.

Namun, bersempena dengan ulang tahun HONOR yang ke-5, pihak mereka telah memberikan harga promosi untuk HONOR View20 yang membolehkan anda untuk mendapatkannya pada harga serendah RM1599 sahaja. Jadi bagi anda yang berminat untuk mendapatkan HONOR View20 pada harga promosi, anda boleh membelinya melalui laman rasmi HONOR.

Beli : HONOR View 20 Dengan Harga Promosi Serendah RM1599

Beli: HONOR 20 Melalui Laman Rasmi Honor

Penafian: Advertorial daripada HONOR Malaysia


TIPS & ULASAN