Lazada Malaysia telah mengumumkan akan mengadakan acara jualan pertengahan tahun pertama, Jualan Pertengahan Tahun Lazada 2019, bermula 12 Julai 2019 ini di seluruh enam pasaran di Asia Tenggara. Untuk tempoh 24 jam, pembeli Malaysia bakal memperolehi sehingga 50% potongan harga pada platform Lazada Malaysia!
Anda juga berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih menghiburkan dengan ciri-ciri baru seperti GUESS IT – permainan teka siaran langsung, tawaran tempahan – Chup Dulu untuk simpanan dan jaminan pembelian produk terpilih serta Jaminan Harga Terendah. acara ini juga memutuskan dengan mengadakan Pameran Barangan Bayi tahunan Lazada yang akan berlangsung lebih dari 5 hari dari 12-16 Julai ini.
Pelaksanaan jualan ini turut membentangkan lebih banyak peluang bagi membawa keseronokan berterusan kepada pembeli dan memberikan peniaga Lazada lebih banyak peluang untuk meningkatkan prestasi mereka. Selain itu, ini juga antara strategi e-dagang Lazada dalam memajukan inisiatif produk mereka untuk kekal relevan kepada pengguna.
- Guess It (1 Julai hingga 12 Julai 2019)
- Chup Dulu (29 Jun hingga 11 Julai 2019)
- Jaminan Harga Terendah (12 Julai 2019)
- Pameran Barangan Bayi (12 Julai hingga 16 Julai 2019)
Untuk makluman anda juga bagi menggalakkan lebih banyak pengguna untuk mengikuti gerak hati mereka, Lazada turut menawarkan faedah menarik seperti tawaran penghantaran percuma dan pemberian baucar sebanyak 50%. Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda bolehlah layari pada pautan dibawah.