Cari @ Amanz

Telegram telah memperkenalkan ciri pelekat pada tahun 2015, dimana pelekat animasi pula diperkenalkan untuk menambahkan keseronokan menggunakan aplikasi permesejan tersebut.

Terkini, Telegram sekali lagi mengubah cara pelekat-pelekat ini dipersembahkan, dengan memperkenalkan sebuah format baru yang dinamakan .TGS.

Melalui format ini, Telegram memperkenalkan pelekat animasi yang bukan sahaja mempunyai saiz fail yang lebih kecil walaupun apabila dibandingkan dengan fail-fail multimedia yang lain seperti JPG dan GIF. Ia juga menggunakan kuasa bateri yang lebiih sedikit berbanding dengan fail GIF.

Bukan itu sahaja, pelekat ini juga bergerak pada kadar 60FPS, dan ini membuatkan animasi pelekat tersebut kelihatan sangat lancar pergerakannya.

Telegram juga berkata bahawa pelekat .TGS ini direka menggunakan teknologi sumber terbuka Lottie, dan pereka animasi boleh mencipta pelekat-pelekat ini, dimana ia boleh dikongsi di Telegram secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd