Cari @ Amanz

iCloud.com merupakan laman khusus yang disediakan oleh Apple untuk memudahkan para pengguna mereka mengakses sejumlah fungsi, termasuk untuk mencari peranti mereka, mengakses dokumen, buku alamat, dan sebagainya.

Untuk mengaksesnya, pengguna perlu memasukkan kata laluan seperti kebanyakkan laman web yang lain. Namun, hal berkenaan dijangka akan berubah pada masa akan datang.

Melalui ujian yang dilakukan oleh pihak Apple, ia dilihat mereka menguji kebolehan log masuk ke laman iCloud menggunakan sokongan imbasan wajah Face ID atau imbasan jari Touch ID.

Pengguna memerlukan peranti menjalankan iOS 12, iPadOS atau macOS Catalina untuk menggunakannya – sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk log masuk ke laman iCloud.com ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya dalam minggu-minggu akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd