Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Dengan Skrin Boleh Digulung

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan Peranti Dengan Skrin Boleh Digulung

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

Sebelum ni Sony dilaporkan akan membangunkan telefon pintar dengan skrin boleh dilipat di bawah nama Xperia F. Kini terdapat laporan baru mereka turut akan membangunkan peranti dengan skrin yang boleh digulung pula. Sumber mengatakan peranti ini akan hadir dengan cip Snapdragon 855 dan bateri sebesar 3220 mAh.

Peranti akan mempunyai bahagian sisi bulat seakan kulit siput nautilus. Perniagaan telefon pintar Sony kini tidak seperti dahulu dengan pengurangan jumlah peranti baharu. Mereka turut tidak lagi menumpukan jualan peranti di pasaran kecil seperti Malaysia dengan Xperia 1 sehingga kini tidak dilancarkan di sini. Sekiranya peranti skrin boleh gulung ini dilancarkan, kebarangkalian ia memasuki pasaran Malaysia adalah amat rendah.

Sebelum ini paten peranti skrin boleh gulung telah difailkan oleh Samsung. Sementara itu LG pula telah melancarkan TV dengan skrin boleh digulung di CES awal tahun ini.


TIPS & ULASAN