Cari @ Amanz

U Mobile Bekerjasama Dengan UnionPay – Memudahkan Pengguna GoPayz Membuat Pembayaran Ketika Di Luar Negara

Oleh Liyana

Link Copied!

U Mobile Berhad baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama bersama UnionPay International bagi membolehkan pengguna dompet digital GoPayz untuk melaksanakan pembayaran tempatan tanpa sempadan. Menerusi jalinan ini pengguna GoPayz dapat membuat pembayaran di hampir 10 juta peniaga kod QR UniPay di 29 buah negara termasuklah Australia, China, Jepun, Korea, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

Wujudnya gabungan ekosistem ini, sekali gus dapat memberi kepentingan dalam membolehkan pelanggan GoPayz untuk menggunakan dompet digital pada pasaran tempatan dan global. U Mobile percaya adanya fleksibiliti sedemikian, pengguna dapat menikmati semua perkhidmatan kewangan digital lain yang disertakan dengan aplikasi GoPayz. Malah, pelaksanaan ini dapat membina ekosistem fintech yang boleh diakses semua pihak dan amat relevan untuk keperluan semasa dan masa hadapan. 

Untuk makluman anda, peranan UnionPay adalah hadir dengan perkhidmatan pembayaran yang lebih inovatif seperti penggunaan Kod QR untuk pembayaran, membawa lebih banyak kemudahan dan meningkatkan pengalaman pembayaran bagi pengguna. Ciri ini adalah selamat digunakan bagi transaksi luar negara tanpa perlu anda menukar kepada mata wang asing.

Anda juga boleh menikmati tawaran dan keistimewaan UnionPay yang menarik di dalam negara dan di destinasi pelancongan dengan hanya menggunakan dompet digital GoPayz. Bagi mengetahui maklumat lanjut, anda bolehlah layari pada pautan dibawah.


Komen ()