Chrome Menguji Paparan Butang Kawalan Media Bersebelahan Dengan Bar URL

Chrome Menguji Paparan Butang Kawalan Media Bersebelahan Dengan Bar URL

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .


Google Chrome merupakan salah satu pelayar web yang digunakan secara meluas oleh ramai pengguna seluruh dunia. Kini, dengan populariti kandungan media seperti video dan audio yang ditawarkan melalui web, pihak Google dilihat ingin lebih memudahkan pengguna dalam mengawal apa yang dimainkan melalui pelayar web mereka.

Chrome Butang Media

Melalui ujian terbaru yang dilakukan pada Chrome Canary, ia dilihat sebuah butang kawalan media dipaparkan bersebelahan dengan bar URL pada Chrome. Ini sekaligus membolehkan pengguna mengawal dan melihat fail media yang dimainkan pada pelayar web mereka – sekaligus mengawal untuk menghentikan atau menjedakannya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan awal, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua pengguna melalui Chrome versi biasa.


TIPS & ULASAN