Cari @ Amanz

Pameran Karya Agung Leonardo Da Vinci Dalam Versi Digital Di Balai Seni Negara Pada 15 Julai

Link Copied!

Leonardo Da Vinci ialah antara artis paling berpengaruh di dalam sejarah peradaban manusia. Beliau bukan sahaja menghasilkan karya terkemuka seperti Mona Lisa dan The Last Supper, tetapi antara terawal menghasilkan lakaran helikopter, kapal terbang, kereta kebal dan mempelopori bidang anatomi. Karya asli beliau hanya boleh dilihat di Eropah tetapi bagi mereka yang tidak berkesempatan, pameran 17 karya agung beliau akan berlangsung di Balai Seni Negara pada 15 Julai ini.

Pameran Leonardo Opera Omnia memaparkan 17 karya catan minyak beliau dalam versi digital beresolusi tinggi dengan saiz sebenar. Hanya 17 lukisan dipaparkan kerana ini adalah jumlah lukisan beliau yang masih wujud di dunia. Dengan ini mereka yang tidak dapat melihat karya asal boleh mempunyai pengalaman seperti melihat karya asli di depan mata. Anda boleh melihat sendiri betapa kecilnya potret Mona Lisa dan betapa besarnya fresko The Last Supper.

Pameran ini akan berlangsung dari 15 Julai sehingga 15 Ogos 2019. Masuk adalah percuma.


Komen ()