Grab Berhasrat Untuk Mendapatkan Lesen Bank Maya Digital Di Malaysia

Grab Berhasrat Untuk Mendapatkan Lesen Bank Maya Digital Di Malaysia

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

Dengan perkembangan arena teknologi, sektor perbankan turut mengalami pelbagai perubahan. Selari dengannya, arena bank maya digital turut menjadi fokus ramai, dan beberapa pihak kini sedang menantikan “lampu hijau” daripada pihak berkuasa sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan lesen bank maya digital di Malaysia.

Menurut The Edge, beberapa pihak telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan lesen berkaitan, termasuk Grab.

Melalui bank maya ini, pelbagai perkhidmatan perbankan ditawarkan secara atas-talian dan dalam bentuk elektronik sepenuhnya – sekaligus menawarkan alternatif untuk perbankan melalui cawangan fizikal pada hari ini. Buat masa ini, garis panduan penuh untuk bank maya ini masih tidak diketahui sepenuhnya.

Selain Grab, beberapa bank turut telah menyatakan minat untuk perkara ini, termasuk CIMB, Affin Bank, Hong Leong Bank dan juga AMMB Holdings.


TIPS & ULASAN