Microsoft Melancarkan Permainan ‘Windows 1.11’ Dengan Antaramuka Berdasarkan Windows 1.0

Microsoft Melancarkan Permainan ‘Windows 1.11’ Dengan Antaramuka Berdasarkan Windows 1.0

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

Windows 1.0 adalah Windows yang pertama dan dilancarkan pada tahun 1985 sebagai salah satu barisan produk Microsoft Windows. Ia adalah sistem operasi dengan antaramuka bergrafik 16-bit yang boleh menjalankan multi-tugasan. Sistem operasi ini turut boleh menjalankan perisian MS-DOS yang sedia ada.

Sejak minggu lepas lagi, Microsoft kerap mengacah sesuatu berkaitan dengan Windows 1.0 – gambar kotak Windows 1.0, video acah, undian di Twitter, kod morse dan banyak lagi. Terkini akhirnya jelas apa yang Microsoft cuba sampaikan, ia adalah Windows 1.11 – iaitu perisian dengan banyak permainan misteri yang berkaitan dengan Stranger Things musim ketiga berasaskan antaramuka Windows 1.0. Antara sebab Microsoft lancarkan permainan ini adalah kerana, Stranger Things musim ketiga mempunyai garis masa pada tahun 1985.

Permainan-permainan dalam Windows 1.11 ini adalah permainan retro yang akan mengimbau kembali kenangan zaman Windows 1.0. Akan tetapi, disebabkan ia bertemakan Stranger Things musim ketiga – akan terdapat Mind Flayer mengganggu pemain sebagai salah satu halangan. Daripada gambar tangkapan skrin yang Microsoft terbitkan, terdapat permainan dalam bentuk kod, teka-ria, lumba kereta dan banyak lagi.

This slideshow requires JavaScript.

Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan hari ini, namun atas percubaan saya – ia masih belum boleh dimuat turun lagi. Di Microsoft Store, permainan ini disenaraikan mempunyai saiz lebih dari 700MB dan hanya sesuai untuk dimainkan bagi mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas sahaja.

Bagi mereka yang berminat, boleh cuba ke Microsoft Store untuk muat turun sebaik sahaja ia dilancarkan tidak lama lagi.

Muat Turun Windows 1.11 (Stranger Things) Di Microsoft Store


TIPS & ULASAN