7-Eleven Menutup Penggunaan Dompet Digital Mereka Selepas Sekuriti Dikompromi Penggodam – Para Pengguna Kehilangan 55 Juta Yen

7-Eleven Menutup Penggunaan Dompet Digital Mereka Selepas Sekuriti Dikompromi Penggodam – Para Pengguna Kehilangan 55 Juta Yen

Diterbitkan pada July 8, 2019 oleh .

7-Eleven Jepun baru-baru ini memperkenalkan sebuah dompet digital yang dinamakan 7Pay yang membenarkan pelanggan untuk membayar barang yang dibeli di kedai serbaneka tersebut secara nirtunai.

Hanya seminggu selepas aplikasi tersebut diperkenalkan, 7-Eleven nampaknya telah menutup aplikasi tersebut apabila mereka mendapati bahawa ia boleh digodam dengan mudah dan menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada pengguna-pengguna mereka.

Beberapa hari selepas aplikasi tersebut diperkenalkan, syarikat tersebut menerima banyak laporan daripada para pengguna mengenai transaksi yang tidak dilakukan oleh mereka di pelbagai kedai-kedai 7-Eleven.

Menurut laporan Yahoo Japan, sesiapa dengan maklumat nombor telefon, alamat e-mel dan tarikh lahir boleh menetapkan semula kata laluan akaun tersebut melalui aplikasi itu sendiri, dimana penggodam akan mendapat akses kepada butiran pembayaran pengguna tersebut.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa sekitar 900 pengguna 7Pay terkesan oleh isu godaman ini, dan mengalami kerugian sebanyak 55 juta yen (~RM2.0 juta)

Mengeruhkan keadaan lagi, tarikh lahir merupakan butiran tidak wajib, dan aplikasi 7Pay tersebut akan meletakkan tarikh lahir lalai yang boleh diteka dengan mudah.

Buat masa ini, 7-Eleven Jepun telah menghentikan penggunaan aplikasi tersebut untuk memperbaiki punca kerentanan, manakala sebuah lagi laporan mengatakan bahawa dua orang lelaki warga China telah ditahan kerana menggunakan aplikasi 7Pay yang bukan milik mereka.


TIPS & ULASAN