Carian
Antaramuka Astro Go Dikemaskini Dengan Rekaan Baharu Yang Lebih Kemas
July 8, 2019 Effi Saharudin

Bagi pengguna Astro Go, aplikasi untuk menonton kandungan Astro telah dikemaskini hari ini. Penggunaan antaramuka yang lebih kemas ini diumumkan pada April yang lalu selepas mereka menandatangani perjanjian dengan Synamedia. Kemas kini diterima pada aplikasi iOS, Android dan juga rekaan laman web.

Perbezaan paling ketara ialah rekaan yang kini memaparkan imej kerdil kandungan yang lebih besar, tema yang lebih gelap pada keseluruhan aplikasi/laman web serta penstriman yang berlaku lebih pantas tanpa sela masa yang dialami sebelum ini. Menurut Astro lagi carian kandungan yang ingin ditonton juga telah ditambahbaik. Anda perlu mengemaskini aplikasi Android dan iOS terlebih dahulu untuk menikmati antaramuka baharu ini.

Komen