Carian
Xiaomi Mempatenkan Rekaan Kamera Teleskop Untuk Kebolehan Zoom Yang Lebih Jauh
July 8, 2019 Arib Ismail

Pada saat ini, terdapat dua peranti yang cukup berkuasa dari segi kebolehan zoom iaitu Huawei P30 Pro dan OPPO Reno 10x Zoom. Kedua-dua peranti ini menggunakan kaedah kamera teleskop dalam membolehkan ia mencapai kebolehan zoom optikal dalam perkakasan kamera yang lebih kecil. Kini, Xiaomi juga dijangka akan menyertakan kebolehan ini pada peranti mereka, melalui sebuah paten yang diperlihatkan ke arena web.

Paten ini didaftarkan di bawah “Komponen Kamera dan Peranti Elektronik”, yang mana didaftarkan pada 20 Disember 2018. Ia telah diperlihatkan kepada umum pada 2 Julai lalu, dengan membawa nombor pendaftaran “CN201822150093.2”.

Apa yang menarik pada paten ini, ia menunjukkan teknik pengimejan yang akan digunakan, iaitu dengan dengan menyertakan sekurang-kurangnya satu auxiliary lens pada sensor utama. Ia menyatakan bahawa lensa ini akan disusun dalam kedudukan seumpama periskop bagi menjimatkan ruang perletakkan kamera.

Walau bagaimanapun, Xiaomi tidak menyatakan apakah peranti yang bakal membawa kebolehan kamera periskop ini. Namun menurut spekulasi, ia dijangka akan hadir pada siri Xiaomi Mi MIX iaitu salah satu siri peranti berkelas tinggi daripada Xiaomi.

Komen